Calon-calon Bumiputera warganegara Malaysia bekas pelatih KKTM/IKM adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di luar negara di bawah Skim Tindikin Tenaga Pengajar (STTP).
Peringkat Pengajian
Tawaran pinjaman STTP adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Pertama.
Tawaran ini adalah untuk kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2010 hingga bulan Februari 2011.
Bidang Pengajian
Hanya terbuka untuk bidang pengajian kejuruteraan sahaja.
Syarat Akademik
Memiliki Diploma yang diiktiraf dalam bidang berkaitan atau setaraf dengannya
Pencapaian CGPA 3.50 ke atas.
Syarat Umum
Bumiputera dan warganegara Malaysia.
Bekas pelatih KKTM/IKM.
Tidak pernah mengikuti kursus di peringkat pengajian yang sama di bawah pembiayaan sendiri atau dianjur oleh mana-mana badan penganjur termasuk MARA.
Aktif dalam ko-kurikulum semasa di kolej/Institusi/universiti.
Lulus SPM dengan kredit Bahasa Melayu dan Matematik.
Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.
Syarat Tawaran
Wajib menduduki ujian International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan memperolehi markah sekurang-kurangnya 5.5 ke atas bagi ujian IELTS atau 550/65 bagi ujian TOEFL.
Perlu mendapat cuti belajar tanpa gaji/pengesahan perletakan jawatan dari majikan bagi calon-calon yang sedang berkhidmat. Calon-calon di dalam perkhidmatan tetap pendidikan/perguruan atau mempunyai ikatan perkhidmatan di kalangan tenaga pengajar di IPTA dan IPTS adalah tidak layak untuk memohon.
Mendapat kelulusan penangguhan kontrak perkhidmatan/penangguhan bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
Wajib hadir dan lulus kursus orientasi/kursus kenegaraan anjuran MARA-BTN.
Pemohon mestilah telah manamatkan semester akhir pengajian pada tarikh permohonan dibuat.
Permohonan
Borang permohonan boleh diperolehi dengan menyertakan/membawa sijil kelulusan akademik /transkrip keputusan peperiksaan yang berkaitan ke alamat berikut:-
Pengarah
Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
Tingkat 20, Medan MARA, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.
(U/P : Unit Pengantarabangsaan)
Permohonan melalui pos juga boleh dibuat dengan menyertakan salinan sah sijil kelulusan akademik/transkrip akhir yang berkaitan serta sampul surat berukuran 25sm x 37sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem bernilai RM1.00.
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan diberi borang permohonan.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dengan salinan-salinan dokumen yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti di atas.
Tarikh Tutup
Permohonan pinjaman MARA STTP ini perlu sampai di alamat di atas sebelum atau pada 31 Mac 2010.
Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat rayuan tidak akan dilayan.